Hafiz Baharudin & AssociatesEst 2021

Mohamed Hafiz bin Baharudin a.k.a "abanglawyer"Rakan Kongsi Urusan / Managing Partner

Ada ahli keluarga ditahan polis?

Kami terangkan apa berlaku seterusnya, dalam bahasa yang anda faham.

WhatsApp kami sekarang Atau isi borang ringkas
Mohamed Hafiz bin Baharudin

Perjalanan kes jenayah

Dari tangkapan hingga perbicaraan. Setiap langkah ada hak dan tempoh masa yang perlu anda tahu.

  1. DitangkapPolis mesti beritahu sebab tangkapan.
  2. Hak hubungi peguamSebelum disoal, anda boleh hubungi keluarga dan peguam.
  3. 24 jamDibawa ke Majistret jika siasatan belum selesai.
  4. RemanTahanan lanjut atas perintah Majistret, dalam had masa tertentu.
  5. Dituduh dan jaminanPertuduhan dibacakan di mahkamah; permohonan jaminan.
  6. PerbicaraanPendakwaan bawa saksi; mahkamah nilai sama ada ada kes untuk dijawab.

Baca perjalanan penuh dan di mana peguam boleh membantu ›

Bagaimana sesi konsultasi berjalan

Dari mesej pertama hingga hujung sesi. Ini yang anda boleh jangkakan.

  1. Anda hubungi kami

    Melalui WhatsApp atau borang ringkas. Tak perlu cerita butiran kes di situ.

  2. Saringan ringkas

    Kami tanya beberapa soalan asas untuk pastikan perkara anda dalam bidang amalan kami dan tiada konflik kepentingan. Kemudian kami cadangkan jenis sesi yang sesuai: sesi ringkas 15 minit, sesi penuh 1 jam online, atau sesi penuh 1 jam di pejabat.

  3. Yuran dan masa dimaklumkan

    Kami beritahu yuran dan tempoh sesi melalui WhatsApp. Anda yang putuskan. Sesi hanya ditetapkan selepas anda bersetuju.

  4. Sediakan dokumen

    Kami beritahu dokumen yang patut dibawa, contohnya kertas pertuduhan, notis, surat, perjanjian atau mesej berkaitan.

  5. Sesi bersama peguam

    Online melalui Google Meet atau WhatsApp call, atau bersemuka di pejabat kami di Shah Alam. Peguam dengar fakta anda, terangkan undang-undang yang terpakai, dan jawab soalan anda.

Di hujung sesi, anda akan tahu

  • Kedudukan anda dari segi undang-undang, dan proses yang mungkin berlaku seterusnya.
  • Pilihan dan langkah yang boleh anda ambil, termasuk tarikh akhir yang perlu dijaga.
  • Dokumen atau bukti yang perlu anda kumpul.
  • Jika anda mahu melantik kami, skop kerja dan yuran guaman dimaklumkan sebelum apa-apa dipersetujui.

Sesi konsultasi bukan pelantikan. Anda bebas membuat keputusan selepas sesi. Kami tidak menjanjikan keputusan kes.

Apa yang anda beritahu peguam adalah sulit, dan dilindungi undang-undang

Peguam tidak boleh mendedahkan apa yang anda sampaikan kepadanya dalam urusan guaman, atau nasihat yang diberikan kepada anda, kecuali dengan persetujuan nyata anda (Seksyen 126(1), Akta Keterangan 1950). Kewajipan ini berterusan walaupun urusan guaman telah tamat (Huraian, Seksyen 126). Ia juga terpakai kepada jurubahasa, kerani dan pekerja peguam (Seksyen 127).

Pengecualian: komunikasi untuk tujuan yang menyalahi undang-undang tidak dilindungi (proviso Seksyen 126(1)). Teks Akta Keterangan 1950 daripada cetakan semula LOM, pindaan setakat 3 Mac 2025.

Maklum Balas Bekas Anak Guam

5.0 di Google, daripada 11 ulasan klien (disemak 15 November 2026)

Ulasan ditulis sendiri oleh klien di Google. Baca semua ulasan.

Apa kata pengikut tentang kandungan pendidikan kami

Komen di bawah ditulis oleh pengikut @lawyersresponse tentang kandungan pendidikan undang-undang di media sosial. Mereka bukan klien firma, dan komen ini bukan ulasan perkhidmatan guaman.

“ak suka tengok posting brother ni. sangat bermanfaat and senang faham dunia undang2”

Pengikut TikTok @lawyersresponse

“Bagus abang bagi penjelasan yang jelas supaya orang ramai tak salah faham.”

Pengikut TikTok @lawyersresponse

“Tuan lawyer.. nk part 2.. sgt berguna ilmu ni.”

Pengikut TikTok @lawyersresponse

“Tak rugi follow rapat brader lawyer ni. bnyak ilmu kita dpt”

Pengikut TikTok @lawyersresponse

“Terima kasih abang, sangat padat dan jelas.”

Pengikut TikTok @lawyersresponse

“Yg kabur sudah pun jelas. Tq mr lawyer”

Pengikut TikTok @lawyersresponse

Baca lebih banyak komen pengikut ›

Ikuti kami di media sosial