Hafiz Baharudin & AssociatesEst 2021

Polis dah terlibat. Apa sekarang?

Ahli keluarga ditahan malam tadi. IO minta anda datang beri keterangan. Atau saman mahkamah sudah sampai. Langkah anda sekarang menentukan banyak perkara selepas ini.

WhatsApp kami sekarang Atau isi borang ringkas

Perjalanan kes jenayah: dari tangkapan hingga perbicaraan

Setiap kes berbeza, tetapi kebanyakan kes jenayah melalui langkah-langkah ini.

  1. Ditangkap

    Polis yang menangkap tanpa waran mesti memberitahu sebab tangkapan secepat mungkin.

    Seksyen 28A(1), Kanun Tatacara Jenayah

    Di sini kami bantu: Kami terangkan kepada keluarga apa maksud tangkapan itu dan langkah segera yang perlu diambil.

  2. Sebelum disoal

    Sebelum menyoal atau merakam percakapan, polis mesti memberitahu bahawa orang yang ditangkap boleh menghubungi saudara atau kawan, dan boleh menghubungi serta berunding dengan peguam pilihannya. Jika dia minta peguam, soal siasat ditangguhkan untuk tempoh yang munasabah. Ada pengecualian dalam keadaan tertentu, dengan kebenaran pegawai berpangkat DSP ke atas.

    Seksyen 28A(2), (6), (8) dan (9), Kanun Tatacara Jenayah

    Di sini kami bantu: Kami boleh hadir di balai untuk berunding dengan orang yang ditahan.

  3. Had 24 jam

    Orang yang ditangkap tanpa waran tidak boleh ditahan lebih 24 jam (tidak termasuk masa perjalanan ke Majistret) tanpa perintah Majistret.

    Seksyen 28(3), Kanun Tatacara Jenayah

    Di sini kami bantu: Kami pantau tempoh tahanan sejak awal.

  4. Reman

    Jika siasatan belum selesai, polis memohon perintah tahanan (reman) daripada Majistret. Untuk kesalahan yang boleh dihukum penjara kurang 14 tahun: tidak lebih 4 hari bagi permohonan pertama dan 3 hari bagi permohonan kedua. Untuk kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara 14 tahun atau lebih: tidak lebih 7 hari bagi setiap permohonan. Orang yang ditahan boleh membuat representasi, sendiri atau melalui peguam.

    Seksyen 117(2) dan (5), Kanun Tatacara Jenayah

    Di sini kami bantu: Kami hadir di prosiding reman dan membuat representasi tentang tempoh tahanan.

  5. Rakaman percakapan

    Orang yang disoal polis wajib menjawab soalan berkaitan kes dan bercakap benar, tetapi boleh enggan menjawab soalan yang jawapannya boleh mendedahkan dirinya kepada pertuduhan jenayah. Percakapan dibacakan semula sebelum ditandatangani, dan boleh dibetulkan.

    Seksyen 112(2), (3) dan (5), Kanun Tatacara Jenayah

    Di sini kami bantu: Kami terangkan hak ini sebelum anda memberi keterangan.

  6. Dituduh dan jaminan

    Jika pihak pendakwaan memutuskan untuk mendakwa, pertuduhan akan dibacakan di mahkamah. Bagi kesalahan yang tidak boleh diikat jamin, mahkamah boleh memberi jaminan, tetapi jaminan tidak akan diberi jika ada alasan munasabah untuk mempercayai tertuduh bersalah atas kesalahan yang boleh dihukum mati, penjara seumur hidup atau penjara sehingga 40 tahun, kecuali dalam keadaan khas, contohnya orang bawah 16 tahun, wanita atau orang sakit.

    Seksyen 388(1), Kanun Tatacara Jenayah

    Di sini kami bantu: Kami mewakili anda semasa pertuduhan dan memohon jaminan.

  7. Dua jalan selepas pertuduhan

    7A Mengaku bersalah

    Jika anda tidak mahu ke perbicaraan dan bercadang mengaku bersalah, ada beberapa jalan sebelum dan semasa pengakuan:

    • Surat representasi. Perbincangan bertulis dengan pihak pendakwaan, contohnya untuk memohon pertuduhan dipinda atau ditarik balik. Keputusan milik pihak pendakwaan.
    • Rundingan akuan. Tertuduh boleh memohon rundingan akuan di mahkamah, sama ada tentang pertuduhan atau hukuman (Seksyen 172C(1) dan (2)(c)). Persetujuan dengan Pendakwa Raya dibuat secara bertulis dan ditandatangani, dan mahkamah melaksanakannya (Seksyen 172C(7)). Jadi anda tahu apa yang dipersetujui sebelum pengakuan direkodkan. Ada kesalahan yang dikecualikan daripada had hukuman di bawah rundingan ini, termasuk kesalahan berkaitan seksual (Seksyen 172D(3)).
    • Mitigasi hukuman. Selepas pengakuan bersalah, kami kemukakan hujah mitigasi untuk memohon hukuman denda atau penjara yang lebih ringan. Mahkamah yang memutuskan hukuman.

    Seksyen 172C dan 172D, Kanun Tatacara Jenayah

    Di sini kami bantu: Kami sediakan surat representasi, mewakili anda dalam rundingan akuan, dan berhujah mitigasi di mahkamah.

    7B Perbicaraan

    Pendakwaan membawa saksi dan bukti. Selepas kes pendakwaan ditutup, mahkamah menilai sama ada kes prima facie telah dibuktikan. Jika tidak, tertuduh dibebaskan. Jika ya, tertuduh dipanggil membela diri.

    Seksyen 173(f) dan (h), dan 180, Kanun Tatacara Jenayah

    Di sini kami bantu: Kami menyediakan pembelaan, menyoal balas saksi, dan berhujah di mahkamah.

Kenapa ambil peguam seawal mungkin

  • Jika anda tidak bersalah, ceritakan pembelaan anda seawal mungkin.Sangat penting untuk memastikan pembelaan anda diberitahu kepada polis semasa siasatan, walaupun sebelum tangkapan berlaku, supaya versi anda direkodkan dan boleh disiasat. Dapatkan nasihat peguam dahulu supaya pembelaan itu disampaikan dengan tepat dan lengkap.
  • Hak anda bermula dari saat ditangkap.Hak untuk berunding dengan peguam wujud sebelum soal siasat bermula. Ramai tak tahu, dan tak menggunakannya.
  • Keputusan awal kekal lama.Apa yang dikatakan dalam rakaman percakapan boleh digunakan kemudian. Faham hak anda sebelum bercakap.
  • Tempoh masa pendek.Reman dan jaminan diputuskan dalam masa singkat. Peguam yang hadir boleh membuat representasi bagi pihak anda.
  • Keluarga perlu orang yang faham proses.Kami terangkan setiap langkah supaya keluarga tahu apa yang perlu dibuat, dan apa yang tak perlu dibuat.

Bagaimana kami berkhidmat untuk anda

  1. Sesi konsultasi. Kami dengar apa yang berlaku dan terangkan kedudukan undang-undang serta proses yang sedang berjalan.
  2. Di peringkat siasatan. Berunding dengan orang yang ditahan, hadir di prosiding reman, dan berurusan dengan pegawai penyiasat.
  3. Di mahkamah. Mewakili anda semasa pertuduhan, permohonan jaminan dan perbicaraan.

Anda mangsa, bukan tertuduh? Kami juga membantu mangsa jenayah.

Rujukan undang-undang

  • Seksyen 28, 28A, 112, 117, 173, 180 dan 388, Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (teks LOM dikemas kini setakat 4 Julai 2023)

Teks akta daripada Laman Undang-Undang Malaysia (LOM), Jabatan Peguam Negara. Undang-undang boleh berubah; semak dengan peguam untuk kes anda.

Dikemas kini 15 November 2026. Maklumat umum, bukan nasihat undang-undang untuk kes anda.

Tempah sesi konsultasi

Jangan tulis butiran kes dalam borang. Kita bincang dalam sesi.

Sesi konsultasi dikenakan bayaran.Kami maklumkan yuran dan tempoh sesi melalui WhatsApp. Sesi hanya ditetapkan selepas anda bersetuju.
Jenis sesi yang anda mahu

Ingat: setiap jenis sesi di atas dikenakan bayaran. Yuran dimaklumkan dalam WhatsApp sebelum anda bersetuju.

Butang ini membuka WhatsApp dengan jawapan anda. Tekan hantar dalam WhatsApp untuk sampai kepada kami.